Friday, March 19, 2010

Luahan hati Sam....



len..mud..kenapa korang tak luahkan ketidakpuasan hati korang tu terus kat abah. korang tahu tak abah rasa terasing dalam hidup kalian berdua. sejak mak dan abah dah tak bersama, abah rasa abah dah kehilangan anak-anak abah. salahkah takdir yang telah ditentukan dalam hidup abah ni?.

len, malam tu abah nampak len di panggung, tapi kenapa len mengelak bila nampak abah?. len malu sebab abah dengan perempuan lain?, atau len malu sebab len keluar lewat malam bertemankan lelaki masuk panggung?. abah tak pernah larang anak-anak abah nak buat apa selama ni. abah paham korang dah besar panjang, dah pandai buat keputusan sendiri. abah tak kisah, janji kalian berdua bahagia.
mud, mud tak rasa mud dah lama tak berbual dengan abah. sedangkan kita serumah. abah tahu mud sibuk, keluar pagi tengah malam baru balik. tapi jangan dijadikan tu satu alasan untuk mud jauhkan diri dari abah. mud kena tahu, abah sayang kalian berdua.

di sini abah nak bagi penjelasan sejelas-jelasnya. abah memang tak ada apa-apa hubungan dengan perempuan dekat pangguang 2. anak-anak abah ni yang terlalu emosional. lepas ni, abah nak kalau ada apa-apa keraguan diantara kita bertiga, cakap ja terus. abah nak hubungan kita anak beranak rapat macam dulu dan untuk pengetahuan korang, abah memang akan kahwin lagi. siapa calonnya?.. abah serahkan kepada korang berdua untuk tentukan?.. jelas?

Untuk sahabatku yang prihatin, terima kasih kerana meluahkan isi hatimu. aku hargai keprihatinanmu terhadap keluarga aku. aku harap dengan keprihatinanmu ini, kuranglah semua kekusutan yang melanda aku dan anak-anak.....


Wednesday, March 17, 2010

1st time jd blogger

Ini adalah kali pertama aku menulis blog. Aduh, nak tulis apa neh??.... fening2...

About Me

My photo
Guar Chempedak, Kedah, Malaysia
aku ialah anak kpd abdul khalid dan aishah, kak kpd nurul, merah dan ijan, buah hati kpd hamzah (opssss)